Monday, April 27, 2009

Ummu Aiman..(sahabiyah cemerlang)...

Ummu Aiman diibaratkan sebagai pengasuh dan merupakan ibu kedua Rasullah .Ummu Aiman sangat mengasihi Rasullah sehingga sanggup bersama dengan Rasullah sejak kecil hingga kewafatan baginda.
Ummu Aiman merasa gembira sekiranya Rasullah gembira dan begitu juga sebaliknya.Rasullah juga sangat menyukai Zaid bin Harithah yang merupakan suami kedua Ummu Aiman selepas memeluk Islam.Zaid mempunyai posisi yang istimewa di hati Rasullah sehinggakan Zaid dilantik sebagai pemimpin yang diamanahkan untuk mengetuai peperangan .Ini,dilihat jelas ketika Zaid dipilih memimpin pasukan tentera Islam dalam peperangan Mu`tah di Jordan yang mana beliau shahid bersama dengan shuhada`yang lain antaranya Jaafan bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.Kasih saying Rasullah pada Zaid juga tumpah kepada anaknya iaitu Usamah bin Zaid.
Begitulah keluarga Ummu Aiman yang sangat dicintai oleh Rasullah.
Ummu Aiman membantu perjuangan Rasullah mengikut kemampuannya dalam peperangan Uhud dan Hunain.Menjadi jururawat dan tukang masang serta memberi sokongan moral kepada para pejuang Islam.Saat yang menyedihkan ..ketika Ummu Aiman menerima berita kewafatan Rasullah .Ummu Aiman menangis dan mengatakan bahawa"wafatnya Rasullah menandakan wahyu sudah terputus ".Begitulah cekalnya jiwa sahabiyah ini sehingga akhir usianya dalam pemerintahan saidina Uthman.

Sunday, April 26, 2009

Rindu Bau pohon tin...(muhasabah untuk mahasiswa yang mengaku Muslim)

Di kesempatan ini,saya ingin berkongsi buku Rindu Bau Pohon Tin- karya ustaz Hazrizal Abdul Jamil.Muqadimahnya yang sungguh menyegarkan kembali apakah tujuan kita berada di UNITEN.Pengarang menyatakan tuntutan menuntut ilmu sama dengan maksud 'nafara' yakni bejihad di jalan Allah.(Surah At-Taubah ayat-120).Oleh kerana nilai menuntut ilmu itu sama dengan berjihad di jalan Allah,maka sudah pasti persiapan yang tersusun perlu diatur.
Tambahan pula,proses menuntut ilmu bukan sahaja 'Taalim'(memberitahu) tetapi lebih daripada itu sehingga proses mencetuskan semangat mahu dan mampu melaksanakannya mengikut cabaran semasa.Dalam melaksanakan AGENDA yang sebesar ini,ia memerlukan pengorbanan masa,tenaga dan harta benda.
Namun realitinya ..,cabaran terbesar bagi mahasiswa muslim ialah kebebasan melakukan apa sahaja tanpa kawalan,leteran dan kekangan.Mahasiswa bebas pergi ke sini sana,bebas melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti,bebas berkarya ,bebas melakukan apa sahaja dan bebas ....Akhirnya..bebas sampai terbabas ke gaung di bawah gunung.Itulah malapetaka yang terbesar bagi mahasiswa yang mengaku muslim yang menyalah ertikan kebebasan yang dihidangkan di hadapan mata mereka.Antara persiapan yang perlu diamati ialah yang Pertama-ORGANIZED(tersusun) seperti pepatah Inggeris yang menyebut" Begin With the End in Mind"(matlamat yang jelas).Kedua,SOFT SKILLS(Kemahiran tambahan) dan yang ketiga ialah peka dengan cabaran semasa.(RESPONSIF).Sekadar ini dahulu coretan ringkas buat para pengunjung blog ini.Wallahu`alam.

Thursday, April 23, 2009

First posting

Alhamdulillah..akhirnya tercapai la jua hasrat saya untuk melahirkan sebuah blog yang dipendam setelah sekian lama .Matlamat blog ini adalah sebagai wadah perkongsian ilmu yang bermanfaat dan lebih menjurus kepada perbincangan ilmiah demi mewujudkan suasana intelektual terutamanya dikalangan golongan yang disebut sebagai 'scholar' .Mudah-mudahan ..,hasrat yang murni ini dapat direalisasikan dan "bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.Life is full of lots of ups and downs dijadikan sebagai 'theme' kerana hidup kita bagaikan berlayar di laut yang pasang dan surut,perasaan marah berubah kepada gembira,dan sifat rajin bertukar kepada malas.Inilah yang dimaksudkan ups and downs dalam kehidupan kita seharian.InsyaAllah, sepanjang perkongsian ini,maksud ups and downs dalam kehidupan kita akan dibincangkan.Wallahu`alam.