Saturday, August 15, 2009

Ramadhan...tetamu yang dirindui


Bulan Ramadan merupakan bulan yang dilimpahi segala nikmat pahala dan segala ganjaran bonus bagi setiap amalan yang dilakukan.Peluang ini datang sekali setahun...dan "Sekiranya manusia itu mengetahui segala kelebihan bulan Ramadhan ..nescaya mereka akan mengharapkan puasa ramadan selama setahun"(hadith direkodkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya) .

Inilah bulan yang memerlukan kita mengambil segala peluang dan pengajaran daripada hari-hari penting zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga ke abad moden ini.Antara hari-hari penting tersebut ialah peperangan badar,peperangan Yakhliz,fathul Makkah,penyerahan bandar taif ,penaklukan garis bar lev. Israel dan banyak lagi.Hari-hari penting seperti ini perlu diperingatkan kepada ummah seperti mana firmannya dalam surah Ibrahim(ayat 5) yang bemaksud:-

Dan peringatkanlah mereka tentang hari-hari Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang amat bersabar lagi bersyukur” (Surah Ibrahim : 5)


Semoga ramadan kali ini lebih baik daripada ramadan -ramadhan yang telah lalu...Lebih baik kita membuat perancangan yang rapi daripada sudut ibadah bonus,perancangan keewangan,dan amal kebajikan yang lain dalam menyambut ramadan kareem ini..Seperti kata Will rogers:-

"Plans get you into things,but you got to work your way out."

Akhir sekali..ahlan wasahlan ramadan kareem..for everyone!

Kekuatan rohani yang semakin dilupakan...



Saya teringat kata Abu Fath Al-Busti seorang penyair Islam yang terkenal membandingkan antara kekuatan rohani dan lahiriah(jasad) dalam kitabnya Muntazam:-

"Wahai Khadam kepada jasad,
betapa sengsaranya engkau memberikan khidmat kepadanya,
Demi mengaut keuntungan dari sesuatu yang pasti membawa kerugian,
Beralihlah kamu kepada rohani(nafs) dan sempurnakanlah segala kelebihannya,
engkau sesungguhnya manusia kerana rohani dan bukan kerana jasadmu"

Sesungguhnya,memang ramai yang terkesima dengan lahiriah kerana ianya zahir dan menonjol berbanding rohani yang terlindung.Tetapi rohani ini ibarat inti bagi setiap insan.Dan itu yang membuat kita merasa kebahagiaan berbanding dengan lahiriah yang nampaknya kurus tetapi kasar dan memberi beban dalam jiwa.Oleh itu, berusahalah membaiki rohani kita yang sudah pasti melahirkan keyakinan,keteguhan pendirian,dan proses pembentukan peribadi yang indah pada pandangan Allah dan sekalian ciptaannya.


Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim

Setelah kita dikejutkan dengan kematian vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani Ustaz Asri pada 13 hb Ogos yang lalu...Ternyata lagu yang arwah dendangkan iaitu "Pergi tak Kembali " amat menenangkan jiwa(rohani) yang mengingatkan kita kepada mati yang pasti ..Sesengguhnya mati itu suatu kembara rohani ke alam roh yang tidak dapat dipisah ..melainkan yang tinggal hanya sekujur jasad yang tidak ternilai..


"PERGI TAK KEMBALI"

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Oleh itu..mari kita memperbaiki jiwa kita dengan buku yang amat bernilai iaitu Mencari mutiara di dasar hati karangan Muhammad Nursani.

Sunday, August 9, 2009

Isu-Isu dalam pemikiran Islam...Intro



Sekarang ini,saya tengah berusaha menghabiskan buku yang dibeli di Masjid Shah Alam baru -baru ini .Buku yang saya maksudkan itu ialah Isu-Isu dalam pemikiran Islam karangan Dr Mohd Farid Mohd Shahran(Timb. presiden ABIM).Sesungguhnya pemikiran Islam sangat luas terbentang dari timur ke barat.Dari Andalus hingga ke alam melayu.Sudahlah pasti perbahasan yang seluas itu tidak dapat diperkatakan secara menyeluruh di dalam buku ini tetapi buku ini menyentuh perkara-perkara penting dalam persoalan kemanusiaan hingga ke persoalan ketuhanan berdasarkan perbahasan sarjana Islam yang tradisi mahupun yang terkini.

Mengapakah pemikiran Islam perlu dikaji?Ini kerana sejarah tamadun manusia adalah sejarah pemikiran mereka.Bahkan khazanah peninggalan Islam pada zaman silam bukanlah hanya artifak atau monumen bersejarah tetapi yang penting ialah karya-karya pemikiran agung yang menjadi nadi ketamadunan Islam suatu ketika dahulu.Malah pemikiran Islam bukanlah sahaja bersifat nazari(teoritikal) tetapi ia bersifat amali(praktikal).

Bayangkan, jika seseorang ingin melakukan sesuatu perkara tanpa kefahaman yang jelas...sudah pasti hasilnya tidak memenuhi tujuan yang diharapkan.Begitukanlah pentingnya pemikiran Islam sehingga disebut oleh Imam Hassan Al-Banna dalam arkanul Bai`ah yang pertama iaitu faham.Dengan kata lain,isu-isu pemikiran Islam sangat signifikan untuk didiskusi,ditekuni dan seterusnya dihadam oleh semua pihak yang mengaku muslim...

Thursday, August 6, 2009

Muktamar senawi PPI ke 11-Menyoroti kehebatan belia ikon dunia:Salahuddin Al-Ayyubi


Belia ikon

Yusuf bin Ayyub atau lebih masyhur sebagai Salahuddin Al-Ayyubi.Namanya.. bukanlah asing buat masyarakat dunia. Di barat, dia dikenali dengan nama Saladin seperti dalam cerita Kingdom of Heaven yang pernah ditayangkan suatu ketika dahulu.Beliau, ketika berumur 37 tahun telah menubuhkan kerajaan pemerintahan sendiri iaitu kerajaan Ayyubiah bertitik tolak dari pemerintahan Sultan Nuruddin Zinki .Beliau juga dikatakan sebagai mujaddid yang mengambalikan Al-Aqsa kepada Islam setelah 91 tahun atau mengikut riwayat lain 88 tahun dikuasai oleh kerajaan salib.

Apakah rahsia disebalik itu?Adakah kejayaan yang diraih oleh Salahudin adalah secara tiba-tiba datangnya dalam keadaan umat yang memerlukan seorang reformis yang diibaratkan permata untuk menyelamat tanah suci umat Islam!!.Sekiranya kita berpendapat demikian,kita membuat satu telahan yang sama sekali salah..Sudah pasti,sesuatu kejayaan.. itu diraih melalui hasil usaha yang gigih dan perancangan yang rapi oleh umat-umat sebelum Salahuddin.

Pembinaan generasi
Seperti mana yang tercatit dalam sejarah Islam,Hujjatul Islam iaitu Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan keilmuannya dalam bidang pemikiran ,falsafah membentuk satu struktur berfikir yang betul dalam kerangka Islam.Hasilnya,kecelaruan dalam pemikiran Islam dapat diatasi tanpa timbul aliran -aliran pemikiran songsang seperti liberalisme,sekularisme dan isme-isme yang lain.Seterusnya,kesinambungan generasi kelilmuan Islam diteruskan oleh Ketua Wali iaitu Sheikh Kadir Jailani yang mengembangkan aliran sufi atau tasawuf yang melibatkan aspek kerohanian.Seterusnya muncullah pula pemerintahan yang adil dan berwibawa oleh Sultan Nuruddin Zinki yang kemudian mengasaskan sekolah-sekolah pemikiran Zinkiyah.Akhirnya selepas itu barulah muncul generasi belia ikon ini.

Jadi,sempena muktamar sanawi ke 11 ini,soroti generasi Salahuddin Al-Ayyubi dengan membangunkan dan membentuk pemikiran(fikrah) dan kerohanian di uniten melalui smart group,menyuburkan peranan surau-surau ,program-program yang membentuk rasa kecintaan kepada Islam.Akhirnya,janganlah jadi seperti kaum kristian yang menunggu-menunggu kedatangan nabi Isa sebagai reformis kepada masyarakat sebaliknya diri andalah reformis yang ditunggu -tunggu untuk melahirkan genarasi yang akan datang sebagai prasyarat kebangkitan ummah yang akhirnya dapat membebaskan Al-Aqsa ke tangan umat Islam dan dunia amnya daripada cengkaman musuh.

Selamat bermuktamar....