Thursday, August 6, 2009

Muktamar senawi PPI ke 11-Menyoroti kehebatan belia ikon dunia:Salahuddin Al-Ayyubi


Belia ikon

Yusuf bin Ayyub atau lebih masyhur sebagai Salahuddin Al-Ayyubi.Namanya.. bukanlah asing buat masyarakat dunia. Di barat, dia dikenali dengan nama Saladin seperti dalam cerita Kingdom of Heaven yang pernah ditayangkan suatu ketika dahulu.Beliau, ketika berumur 37 tahun telah menubuhkan kerajaan pemerintahan sendiri iaitu kerajaan Ayyubiah bertitik tolak dari pemerintahan Sultan Nuruddin Zinki .Beliau juga dikatakan sebagai mujaddid yang mengambalikan Al-Aqsa kepada Islam setelah 91 tahun atau mengikut riwayat lain 88 tahun dikuasai oleh kerajaan salib.

Apakah rahsia disebalik itu?Adakah kejayaan yang diraih oleh Salahudin adalah secara tiba-tiba datangnya dalam keadaan umat yang memerlukan seorang reformis yang diibaratkan permata untuk menyelamat tanah suci umat Islam!!.Sekiranya kita berpendapat demikian,kita membuat satu telahan yang sama sekali salah..Sudah pasti,sesuatu kejayaan.. itu diraih melalui hasil usaha yang gigih dan perancangan yang rapi oleh umat-umat sebelum Salahuddin.

Pembinaan generasi
Seperti mana yang tercatit dalam sejarah Islam,Hujjatul Islam iaitu Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan keilmuannya dalam bidang pemikiran ,falsafah membentuk satu struktur berfikir yang betul dalam kerangka Islam.Hasilnya,kecelaruan dalam pemikiran Islam dapat diatasi tanpa timbul aliran -aliran pemikiran songsang seperti liberalisme,sekularisme dan isme-isme yang lain.Seterusnya,kesinambungan generasi kelilmuan Islam diteruskan oleh Ketua Wali iaitu Sheikh Kadir Jailani yang mengembangkan aliran sufi atau tasawuf yang melibatkan aspek kerohanian.Seterusnya muncullah pula pemerintahan yang adil dan berwibawa oleh Sultan Nuruddin Zinki yang kemudian mengasaskan sekolah-sekolah pemikiran Zinkiyah.Akhirnya selepas itu barulah muncul generasi belia ikon ini.

Jadi,sempena muktamar sanawi ke 11 ini,soroti generasi Salahuddin Al-Ayyubi dengan membangunkan dan membentuk pemikiran(fikrah) dan kerohanian di uniten melalui smart group,menyuburkan peranan surau-surau ,program-program yang membentuk rasa kecintaan kepada Islam.Akhirnya,janganlah jadi seperti kaum kristian yang menunggu-menunggu kedatangan nabi Isa sebagai reformis kepada masyarakat sebaliknya diri andalah reformis yang ditunggu -tunggu untuk melahirkan genarasi yang akan datang sebagai prasyarat kebangkitan ummah yang akhirnya dapat membebaskan Al-Aqsa ke tangan umat Islam dan dunia amnya daripada cengkaman musuh.

Selamat bermuktamar....

No comments:

Post a Comment