Sunday, August 9, 2009

Isu-Isu dalam pemikiran Islam...Intro



Sekarang ini,saya tengah berusaha menghabiskan buku yang dibeli di Masjid Shah Alam baru -baru ini .Buku yang saya maksudkan itu ialah Isu-Isu dalam pemikiran Islam karangan Dr Mohd Farid Mohd Shahran(Timb. presiden ABIM).Sesungguhnya pemikiran Islam sangat luas terbentang dari timur ke barat.Dari Andalus hingga ke alam melayu.Sudahlah pasti perbahasan yang seluas itu tidak dapat diperkatakan secara menyeluruh di dalam buku ini tetapi buku ini menyentuh perkara-perkara penting dalam persoalan kemanusiaan hingga ke persoalan ketuhanan berdasarkan perbahasan sarjana Islam yang tradisi mahupun yang terkini.

Mengapakah pemikiran Islam perlu dikaji?Ini kerana sejarah tamadun manusia adalah sejarah pemikiran mereka.Bahkan khazanah peninggalan Islam pada zaman silam bukanlah hanya artifak atau monumen bersejarah tetapi yang penting ialah karya-karya pemikiran agung yang menjadi nadi ketamadunan Islam suatu ketika dahulu.Malah pemikiran Islam bukanlah sahaja bersifat nazari(teoritikal) tetapi ia bersifat amali(praktikal).

Bayangkan, jika seseorang ingin melakukan sesuatu perkara tanpa kefahaman yang jelas...sudah pasti hasilnya tidak memenuhi tujuan yang diharapkan.Begitukanlah pentingnya pemikiran Islam sehingga disebut oleh Imam Hassan Al-Banna dalam arkanul Bai`ah yang pertama iaitu faham.Dengan kata lain,isu-isu pemikiran Islam sangat signifikan untuk didiskusi,ditekuni dan seterusnya dihadam oleh semua pihak yang mengaku muslim...

No comments:

Post a Comment