Wednesday, May 20, 2009

Sukarnya.. membentuk jiwa tarbawi -1

Maaf ye..untuk entry kali ini agak berlainan sedikit.Saya ingin tekankan betapa sukarnya membentuk jiwa tarbawi(tarbiyyah) dalam setiap diri anak, nuqaba,pemimpin mahupun daie`. Realitinya..dalam hidup ini , kita memerlukan acuan atau didikan sebaiknya agak kita dibentuk sesuai mengikut keadaan semasa (pendekatan)berlandaskan al-quran dan sunnah .Samada kita berbicara didikan seorang anak di dalam sebuah keluarga sehinggalah kepada pemimpin kepada sesebuah negara.Sekiranya kita berbicara peranan ibu bapa dalam mendidik generisi muda kini….kita melihat didikan mereka kadangkala tidak mengikut keadaan semasa .Misalnya,ibu bapa memberikan gambaran kesusahan mereka dalam menuntut ilmu dengan berjalan kaki atau berbasikal sejauh 10 batu.Sedangkan cabaran sekarang jauh berbeza dengan facility yang serba lengkap dan pencerapan nilai-nilai ilmu yang mencabar keyakinan diri mereka.Selain itu, sesetengah ibu bapa membentuk minda anak-anak dengan sifat materialistik sebagai contoh menekankan kepada gaji yang besar,pangkat yang tinggi selepas bergraduasi dari menara gading.Walhal ,ibu bapa seharusnya memikirkan persediaan anak-anak mereka dalam melangkah ke alam seterusnya dengan persediaan daripada sudut sakhsiah dan competency dalam mengharungi samudera kehidupan.(pinjam kata-kata pengerusi surau-An-Nur).

Konflik jiwa golongan muda

Dalam keluarga,apabila anak-anak bermasalah,ibu bapa yang lebih rasa risau dan gelisahnya jika dibandingkan dengan jiwa anak muda itu sendiri.Terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh golongan muda antaranya, masalah akademik,masalah cintan,masalah inferior ,masalah keewangan,masalah identiti dan masalah peribadi.Yang merisaukan ibu bapa ialah anak-anak mereka menzahirkan masalah dalam “bahasa tindakan” yang kadang kala sukar untuk dikawal oleh ibu bapa.Maka lahirlah gejala yang bernanah dalam masyarakat yang mana saban hari angkanya meningkat sehingga menakutkan semua pihak.

Cinta tanpa syarat..

Seorang ibu mengasihi anak-anaknya dengan setulus hati ,seorang bapa tanpa syarat membanting tulang mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga,bahkan ibu bapa dengan sifat pemaafnya yang memaafkan segala salah silap anaknya.Kadangkala kedegilan malah kederharkaan anak-anak dibalas dengan senyuman dan suapan kasih sayang.Bahkan seteruk manapun anaknya,dihati seorang ibu ,seorang ayah ,mereka tetap anak-anak yang bertakhta di hati. Malah,ibu bapa tidak pernah meletakkan syarat kepada anak-anak yang berjaya dalam kehidupan untuk memberi sejumlah harta kepada mereka. Cuma..yang mereka harapkan adalah penghargaan dan belaian kasih sayang seorang anak.Seperti mana dinukilkan di dalam sirah: kisah Al-Qamah yang diberi maaf oleh ibunya setelah sekian lama diguris si ibu tua.

Ideallistikkah peranan nuqaba` sebagai ibu dan bapa diterapkan?

to be continue..

Sunday, May 10, 2009

Rindu Bau pohon tin-sambungan 1

Setelah beberapa hari tidak berkesempatan untuk posting terbaru.Alhamdulillah saya kembali dengan perkongsian seterusnya daripada buku Rindu Bau Pohon Tin karangan Ustaz Hazrizal Abdul Jamil.Kesinambungan daripada entry sebelum ini,ialah berkenaan dengan persiapan yang perlu dalam melaksanakan AGENDA yang besar di kampus. Kadang kala ......kita misunderstood berkenaan dengan konsep Jihad (bersungguh-bersungguh/bersusah payah).Kita perlu memahami antara perkara penting dalam ucapan Allah dalam surah At-Taubah (ayat 122).Apakah perkara penting tersebut?

Jihad adalah perintah Allah.Namun tidak bijak untuk semua manusia turun ke satu gelanggang sahaja.

a) Sekumpulan ke medan perang(Pengorbanan masa,wang,tenaga dll)
b) Sekumpulan menuntut ilmu(Belajar)
c) Sekumpulan memikul tugas kebajikan dan hal ehwal kaum mukminin(Ukhuwwah,kebajikan,,dll)

Daripada perkara penting di atas, kita dapat merumuskan semuanya mempunyai priority yang sama rata malah saling interconnected to each other.Jadi. bagaimanakah perkara penting tersebut dapat berjalan seiring ?Seperti mana ayat sering berkumandang di telinga-telinga,dan jiwa-jiwa kita iaitu surah As-Saff(ayat 4) . Bermaksud’’Allah amat menyukai orang yang berperang di jalanNYA dalam saf yang tersusun rapi seperti bangunan yang tersusun kukuh”.Amatlah jelas mesej yang hendak disampaikan oleh Allah bahawa bukan semua perjungan Islam ini akan diredhai Allah melainkan mereka yang berada bersama Saf(Jemaah) yang tersusun(Organized) lengkap dengan ciri-cirinya seperti bangunan yang kukuh tanpa ada “defect “ atau “parasit” yang boleh meruntuhkan bangunan.

Sahabat-sahabiyah sekalian,

Jika kita merenung sejarah hidup pejuang-pejuang Islam yang terdahulu ..mereka merencanakan konsep jihad bukan dalam pidato umum,ucapan ,ceramah umum sahaja bahkan dalam perbuatan mereka,komitmen mereka untuk perjuangan Islam.Sebagai contoh.. tokoh Mujahid Islam iaitu “Sheikh Izzudin Al-Qassam”…to be continue…..

Monday, May 4, 2009

Keperluan atau Tujuan??

Salam perjuangan,

Kita hendaklah membezakan antara matlamat dan keperluan.Analogi mudahnya ialah antara makan dan hidup .Yang manakah yang lebih utama antara makan dan hidup (menegakkan Islam).Sudah pasti jawapannya ialah hidup.Tetapi untuk hidup ,memerlukan makanan.Maka datanglah kaedah fiqh yang berbunyi “Mala yu timmul wajib ila bihi fahuwa wajib”.Maksudnya, suatu perkara itu menjadi wajib sekiranya diperlukan untuk menyempurna perkara lain yang wajib.Perkara ini dapat dilihat jelas dalam perjanjian Hudaibiyah yang menampakkan kebijaksanaan Rasullah dalam memahami antara keperluan dan tujuan.Kegagalan kita memahami perkara ini menyebabkan matlamat utama(menegakkan Islam untuk memimpin ummah) tersasar daripada landasan dan kadang kala berlebihan-lebihan dalam perkara yang mencetuskan perpecahan,kemarahan..dan lain-lain.Akhir kata,jernihkan fikrah anda daripada kecelaruan dan keraguan.

Monday, April 27, 2009

Ummu Aiman..(sahabiyah cemerlang)...

Ummu Aiman diibaratkan sebagai pengasuh dan merupakan ibu kedua Rasullah .Ummu Aiman sangat mengasihi Rasullah sehingga sanggup bersama dengan Rasullah sejak kecil hingga kewafatan baginda.
Ummu Aiman merasa gembira sekiranya Rasullah gembira dan begitu juga sebaliknya.Rasullah juga sangat menyukai Zaid bin Harithah yang merupakan suami kedua Ummu Aiman selepas memeluk Islam.Zaid mempunyai posisi yang istimewa di hati Rasullah sehinggakan Zaid dilantik sebagai pemimpin yang diamanahkan untuk mengetuai peperangan .Ini,dilihat jelas ketika Zaid dipilih memimpin pasukan tentera Islam dalam peperangan Mu`tah di Jordan yang mana beliau shahid bersama dengan shuhada`yang lain antaranya Jaafan bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.Kasih saying Rasullah pada Zaid juga tumpah kepada anaknya iaitu Usamah bin Zaid.
Begitulah keluarga Ummu Aiman yang sangat dicintai oleh Rasullah.
Ummu Aiman membantu perjuangan Rasullah mengikut kemampuannya dalam peperangan Uhud dan Hunain.Menjadi jururawat dan tukang masang serta memberi sokongan moral kepada para pejuang Islam.Saat yang menyedihkan ..ketika Ummu Aiman menerima berita kewafatan Rasullah .Ummu Aiman menangis dan mengatakan bahawa"wafatnya Rasullah menandakan wahyu sudah terputus ".Begitulah cekalnya jiwa sahabiyah ini sehingga akhir usianya dalam pemerintahan saidina Uthman.

Sunday, April 26, 2009

Rindu Bau pohon tin...(muhasabah untuk mahasiswa yang mengaku Muslim)

Di kesempatan ini,saya ingin berkongsi buku Rindu Bau Pohon Tin- karya ustaz Hazrizal Abdul Jamil.Muqadimahnya yang sungguh menyegarkan kembali apakah tujuan kita berada di UNITEN.Pengarang menyatakan tuntutan menuntut ilmu sama dengan maksud 'nafara' yakni bejihad di jalan Allah.(Surah At-Taubah ayat-120).Oleh kerana nilai menuntut ilmu itu sama dengan berjihad di jalan Allah,maka sudah pasti persiapan yang tersusun perlu diatur.
Tambahan pula,proses menuntut ilmu bukan sahaja 'Taalim'(memberitahu) tetapi lebih daripada itu sehingga proses mencetuskan semangat mahu dan mampu melaksanakannya mengikut cabaran semasa.Dalam melaksanakan AGENDA yang sebesar ini,ia memerlukan pengorbanan masa,tenaga dan harta benda.
Namun realitinya ..,cabaran terbesar bagi mahasiswa muslim ialah kebebasan melakukan apa sahaja tanpa kawalan,leteran dan kekangan.Mahasiswa bebas pergi ke sini sana,bebas melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti,bebas berkarya ,bebas melakukan apa sahaja dan bebas ....Akhirnya..bebas sampai terbabas ke gaung di bawah gunung.Itulah malapetaka yang terbesar bagi mahasiswa yang mengaku muslim yang menyalah ertikan kebebasan yang dihidangkan di hadapan mata mereka.Antara persiapan yang perlu diamati ialah yang Pertama-ORGANIZED(tersusun) seperti pepatah Inggeris yang menyebut" Begin With the End in Mind"(matlamat yang jelas).Kedua,SOFT SKILLS(Kemahiran tambahan) dan yang ketiga ialah peka dengan cabaran semasa.(RESPONSIF).Sekadar ini dahulu coretan ringkas buat para pengunjung blog ini.Wallahu`alam.

Thursday, April 23, 2009

First posting

Alhamdulillah..akhirnya tercapai la jua hasrat saya untuk melahirkan sebuah blog yang dipendam setelah sekian lama .Matlamat blog ini adalah sebagai wadah perkongsian ilmu yang bermanfaat dan lebih menjurus kepada perbincangan ilmiah demi mewujudkan suasana intelektual terutamanya dikalangan golongan yang disebut sebagai 'scholar' .Mudah-mudahan ..,hasrat yang murni ini dapat direalisasikan dan "bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.Life is full of lots of ups and downs dijadikan sebagai 'theme' kerana hidup kita bagaikan berlayar di laut yang pasang dan surut,perasaan marah berubah kepada gembira,dan sifat rajin bertukar kepada malas.Inilah yang dimaksudkan ups and downs dalam kehidupan kita seharian.InsyaAllah, sepanjang perkongsian ini,maksud ups and downs dalam kehidupan kita akan dibincangkan.Wallahu`alam.