Tuesday, June 2, 2009

Book Fair di Mines..jom pergi...

Apa kabar semua pengunjung?Sudah lama ...tidak ada posting terbaru ..Sekadar info kepada pengunjung ..bahawa book fair di Mines,Seri Kembangan masih berlangsung.Bagi sesiapa yang meminati Upin dan Ipin pun bole bertemu mereka secara live di atas pentas...Alhamdulillah sabtu lalu,saya berkesempatan ke book fair tersebut.

Dua buah buku berjaya dibeli dengan harga RM 20 setiap satu.Dua buah buku yang dibeli adalah versi english dan melayu.Kedua -dua buku tersebut mempunyai penceritaan yang unik.Buku yang pertama ialah buku Sejarah Kerajaan Islam Sepanyol yang menceritakan sejarah yang menarik daripada sudut kebaikan dan kejahatan pemerintahan Islam Sepanyol selama 800 tahun.Ia menggambarkan sunnatullah bagi sesebuah kerajaan Islam yang mengalami pasang surut dalam melaksanakan agenda Islam seperti mana firman Allah yang bermaksud :''Kamu tidak akan dapati pada sunnah Allah (hukum alam)sebarang perubahan dan kamu tidak akan dapati pada sunnah Allah sebarang pertukaran"(Surah Fatir :43).Manakala buku yang kedua yang merupakan hasil pena Sis Zabrina Abu Bakar merupakan buku bersifat story telling yang menggambarkan kehidupan manusia seharian dengan tema "You ..Me.. We...".

Selain itu, saya juga membeli buku dan batch " Ana Muslim "untuk adik bongsu yang sememangnya meminati produk Ana Muslim.Pada pendapat saya..produk Ana Muslim merupakan alternatif kepada produk-produk mainan lain yang kadang kala tidak bermanfaat kepada kanak-kanak. Saya pun banyak mengambil manfaat daripada produk Ana Muslim ini..

Jadi ..jom beramai-ramai ke book fair di Mines..Sri Kembangan...

No comments:

Post a Comment