Wednesday, June 10, 2009

Wajarkah pengharaman SIS?

Selepas muktamar PAS yang lalu,berlaku berbagai isu yang hangat diperkatakan.Antaranya pengharaman Sisters In Islam (SIS) oleh usul yang diluluskan oleh muktamar PAS.Jika kita melihat peranan SIS sebagai NGO yang ingin menonjolkan "women rights" dalam segenap aspek bermula daripada hak secara individu sehinggalah kepada hak berkeluarga dan bermasyarakat.

Peranan SIS sebagai NGO menyerlahkan peranan mereka dalam memperkasa wanita dalam negara kita.Terutamanya daripada sudut aspek kebajikan,pembelaan ,
mempromosikan program kewanitaan,kaunseling dan sebagainya.Peranan SIS sebagai meyuburkan women rights memang tidak dapat dipertikaikan.Malah hak bersuara dan berorganisasi memang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik selagi tidak mencetuskan perbalahan dan rusuhan.Namun begitu,pandangan SIS kadangkala amat mengelirukan daripada sudut undang-undang keluarga Islam dan hak wanita Islam . Malah,kalau diterima bulat-bulat,boleh menjejaskan aqidah umat Islam.Sebagai respon kepada usul tersebut,pihak SIS mengatakan PAS sebuah parti yang ekstrim,autokratik dan tindakan itu berlawanan dengan pencerahan demokrasi yang dilaung-laungkan.

Saya merasakan bahawa PAS sepatutnya melakukan "engagement",diskusi,dialog secara terbuka terlebih dahulu sebelum mengemukan sesuatu yang serius sampai mengharamkan walaupun PAS tidak berkuasa ke atas SIS.Saya juga bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda PAS tentang nama SIS yang patut diubah kepada Sisters in Malaysia(SIM) atau kepada Sisters of Islamic Tart (SIT)(kata Faisal tehrani) jika sekiranya bersalah selepas disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Saya juga mencadangkan kepada Dewan Muslimat PAS pusat supaya membuat diskusi,wacana,dialog secara ilmiah dan diadakan secara terbuka untuk memastikan peranan PAS sebagai gerakan Islam dapat diperkasakan dengan sifatnya yang alamiah dan wasatiyah disamping tegar dengan prinsipnya.

No comments:

Post a Comment