Monday, June 22, 2009

Tribute untuk pelajar baru Uniten sesi pengambilan jun 2009

KEBEBASAN YANG DISALAHERTIKAN

Pertama sekali,saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru sesi pengambilan jun 2009.Di sini, ada sedikit perkongsian daripada saya pelajar tahun akhir di Uniten.Sebagai permulaan,suka saya untuk menegaskan bahawa kehidupan di universiti jauh berbeza daripada kehidupan di bangku persekolahan.

Alam persekolahan

Cuba imbau kembali zaman persekolah anda yang sangat ketat peraturannya,kod etika berpakaian,ada waktu “Prep”,ada waktu “outing”,waktu tidur dan waktu makan yang konsisten setiap hari .Malah, anda dipantau oleh seorang warden yang garang dan sentiasa menjadi “mata-mata”yang memantau anda saban hari.Bagi anda yang berulang-alik dari rumah ke sekolah ,sudah pasti ibu bapa yang menjadi teman setia anda.Itulah hakikat anda di waktu persekolahan.


Alam universiti

Realitinya , alam universiti lebih mencabar daripada sudut kebebasan.Mengapa saya katakan demikian?Walaupun di universiti ada peraturan tetapi dengan skala pelajar yang besar dan kepentingan universiti untuk diselenggarakan menyebabkan “peraturan umpama melepaskan batuk di tangga”.Ditambah pula,dengan tidak ada teguran atau leteran warden mahupun ibu bapa yang menjadi teman setia sebelum ini.Malah,pelajar bebas melakukan segala aktiviti ,bebas kemana sahaja,bebas memilih kawan dan pendek kata segala-segalanya bebas.Namun kebebasan itulah yang mengorbankan penuntut ilmu .Dan kebebasan itulah yang sering memutuskan tali pada sebuah layang-layang.Terbang tinggi tidak ke mana, hingga nanti jatuh ke tanah berlumpur hina.


Persiapan yang perlu dilakukan

Tetapkan halatuju anda sebagai mahasiswa universiti.Seperti mana kata pepatah Inggeris “Begin with the End in Mind”.Persoalan seperti Apa yang mahu dituntut ,mengapa ia perlu dituntut? Malah semudah Mengapa mahu menjadi Engineer?mesti difikirkan masak-masak.Perangai terikut-ikut hanya sentiasa mengundang musibah.Sesungguhnya kita bukanlah insan biasa tetapi insan yang terbaik maka bentuklah diri untuk menjadi insan istimewa dalam mencapai impian yang diharapkan.

Penuntut Ilmu perlu ada kemahiran tambahan(soft skills) bagi menghadapi cabaran globalisasi,ekonomi,masyarakat sebagai memenuhi tuntutan seorang insan yang istimewa.Oleh itu,libatkanlah diri anda dengan persatuan dan kelab yang dapat membimbing anda untuk membentuk bakat pengurusan ,kepimpinan disamping fokus kepada bidang yang anda pelajari.


Penuntut Ilmu mesti responsif dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka samada di dalam universiti mahupun bersifat nasional dan international.
Sikap responsif inilah yang membezakan kita dengan haiwan ternakan seperti kambing yang asyik dengan rumputnya walaupun ia akan dikorbankan sebentar lagi.




Disediakan oleh:
Muhammad Taufiq Bin Izan
Adaptasi daripada buku''Rindu Bau Pohon Tin"(karangan Ustaz Hazrizal Abdul Jamil)

No comments:

Post a Comment