Tuesday, July 28, 2009

Sambungan siri tarbawi..1

Entry kali ini ,saya ingin berkongsi konsep usrah dalam usaha menyebarkan dakwah dan proses tarbiyah.Jika dirujuk artikel sebelum ini,( betapa sukarnya membentuk jiwa tarbawi)dijelaskan tentang peranan ibu bapa dalam mendidik,memberi kasih sayang agar kehidupan mereka dicorakkan mengikut acuan Islam.

Disamping itu,sikap dan peranan ibu bapa perlu dibetulkan mengikut keadaan masyarakat yang sangat informative dengan pelbagai maklumat samada melalui internet,buku ,guru,ustaz dan sebagainya.Dalam erti kata lain,anak-anak zaman sekarang memerlukan persoalan-persoalan yang perlu dijawab dan ibu bapa mesti memperlengkapkan diri mereka ilmu yang secukupnya.Bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.Semua ini,mestilah ditangani dengan baik oleh ibu bapa.







Dalam pada masa yang sama,alam universiti yang disifatkan sebagai pusat pembangunan ilmu dilihatkan gagal memainkan peranan mereka.Universiti hanya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi temberang daripada sudut akhlak.Mengapa ini berlaku?
Ini kerana realiti pengajian di universiti mengajar pelajar-pelajar ke arah pemindahan ilmu semata-semata (transfer) tanpa mengambil aspek lain daripada proses menuntut ilmu.Sebab itu , unsur yang penting dalam aspek pendidikan menurut Islam ialah proses transfer dan transform.Proses transform inilah yang semakin diabaikan saban hari.





Maka peranan nuqaba` sebagai memberikan sokongan kepada proses transform sama ada daripada sudut fikrah,akhlak,ibadah dan sebagainya.Sebab itu,dalam entry sebelum ini saya melontarkan tentang relevenkah peranan nuqaba` sebagai ibu bapa di universiti.Sudah pasti peranannya tidak sebaik peranan ibu bapa yang mana nuqaba` sebagai kumpulan sokongan membantu tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka di universiti.Tugas nuqaba` yang dibentuk bersama anak-anak usrah atas konsep imanu billah dan ukhuwah fillah.Sebab itu ada pihak mengatakan usrah sebenar bermula selepas kafaratul majlis...Namun tidak salah pandangan demikian ,cuma yang penting untuk dihayati oleh para nuqaba` ialah hubungan ukhuwah yang sentiasa dipantau agar kebersamaan dirasa dalam bentuk fikrah mahupun tindakan...Selain itu,juga perlu ingat bahawa jangan diabaikan dakwah dan tarbiyah disebabkan oleh ukhuwah yang ingin dibentuk..

bersambung...

Thursday, July 23, 2009

Smart group sesi 2009/2010





Salam..apa kabar semua?Dah lama sungguh tidak update blog ini.Alhamdulillah ..saya dapat
berusrah dengan adik-adik usrah baru petang tadi.Walaupun kehadiran hanya 2 orang sahaja tetapi itu cukup membuat diri ini rasa gembira dapat memberi apa yang mereka perlu tahu.



Saya menjadikan buku Madha Ya'ni Intima` Lil Islam(Apa ertinya saya menggabungkan diri dengan Islam) karangan Almarhum Dr. Sheikh Fathi Yakan sebagai pembuka bicara di petang hari.Sesungguhnya walaupun buku tersebut diterbitkan pada awal 70 an tetapi roh dan tekstual ilmu Islamnya masih terpelihara.Walaupun saya masih dikira baru dengan buku ini,tetapi ia dapat memberikan gambaran jelas kepada persoalan kepada MUSLIM yang menganut ISLAM.Cuma ia perlu diberikan nafas baru dengan bacaan buku tambahan lain.

Sungguh mengujakan berkongsi dengan adik-adik usrah yang komited seperti mereka.Memang benar, sesuatu yang dibuat daripada niat untuk berkongsi dengan orang lain sangat satisfaction berbanding disimpan dalam kocek sendiri.Tema Inside out memang perlu diketengahkan kepada para nuqaba` dalam merencanakan dakwah & tarbiyah agar kepuasan dirai tanpa rasa tertekan ketika berusrah.InsyaAllah next usrah akan berbicara an akuna muslim fi aqidati(Saya mestilah muslim di sudut Aqidah).

Friday, June 26, 2009

Hari terakhir di Opus Group Berhad.....

Akhirnya..selesailah sudah perjalanan practical training selama 3 bulan di site office Opus Group Berhad (Project Management Consultant) di Salak Selatan.Alhamdulillah,saya telah mendapat exposure berkenaan dengan procedure dalam pengendalian major project TNB(Client).Di sinilah saya mengenali istilah-istilah baru dalam dunia engineering especially dalam 3 phases pengendalian project tersebut.

1)Underground Cable(UGC)
2)Overhead Line(OHL)
3)275kV Salak South Substation.

Disamping itu,saya juga dapat beramah mesra dengan warga Opus dan melihat cara mereka bekerja.Walaupun objektif yang saya tetapkan sepanjang practical training ini tidak semuanya tercapai tetapi at least I can learn something...Akhir kata,semoga berjumpa kembali dengan warga Opus jika diberi kesempatan kelak...tunggu allowance bulan 6 pada 8 hb 7 ni..erm..:)

Monday, June 22, 2009

Tribute untuk pelajar baru Uniten sesi pengambilan jun 2009

KEBEBASAN YANG DISALAHERTIKAN

Pertama sekali,saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru sesi pengambilan jun 2009.Di sini, ada sedikit perkongsian daripada saya pelajar tahun akhir di Uniten.Sebagai permulaan,suka saya untuk menegaskan bahawa kehidupan di universiti jauh berbeza daripada kehidupan di bangku persekolahan.

Alam persekolahan

Cuba imbau kembali zaman persekolah anda yang sangat ketat peraturannya,kod etika berpakaian,ada waktu “Prep”,ada waktu “outing”,waktu tidur dan waktu makan yang konsisten setiap hari .Malah, anda dipantau oleh seorang warden yang garang dan sentiasa menjadi “mata-mata”yang memantau anda saban hari.Bagi anda yang berulang-alik dari rumah ke sekolah ,sudah pasti ibu bapa yang menjadi teman setia anda.Itulah hakikat anda di waktu persekolahan.


Alam universiti

Realitinya , alam universiti lebih mencabar daripada sudut kebebasan.Mengapa saya katakan demikian?Walaupun di universiti ada peraturan tetapi dengan skala pelajar yang besar dan kepentingan universiti untuk diselenggarakan menyebabkan “peraturan umpama melepaskan batuk di tangga”.Ditambah pula,dengan tidak ada teguran atau leteran warden mahupun ibu bapa yang menjadi teman setia sebelum ini.Malah,pelajar bebas melakukan segala aktiviti ,bebas kemana sahaja,bebas memilih kawan dan pendek kata segala-segalanya bebas.Namun kebebasan itulah yang mengorbankan penuntut ilmu .Dan kebebasan itulah yang sering memutuskan tali pada sebuah layang-layang.Terbang tinggi tidak ke mana, hingga nanti jatuh ke tanah berlumpur hina.


Persiapan yang perlu dilakukan

Tetapkan halatuju anda sebagai mahasiswa universiti.Seperti mana kata pepatah Inggeris “Begin with the End in Mind”.Persoalan seperti Apa yang mahu dituntut ,mengapa ia perlu dituntut? Malah semudah Mengapa mahu menjadi Engineer?mesti difikirkan masak-masak.Perangai terikut-ikut hanya sentiasa mengundang musibah.Sesungguhnya kita bukanlah insan biasa tetapi insan yang terbaik maka bentuklah diri untuk menjadi insan istimewa dalam mencapai impian yang diharapkan.

Penuntut Ilmu perlu ada kemahiran tambahan(soft skills) bagi menghadapi cabaran globalisasi,ekonomi,masyarakat sebagai memenuhi tuntutan seorang insan yang istimewa.Oleh itu,libatkanlah diri anda dengan persatuan dan kelab yang dapat membimbing anda untuk membentuk bakat pengurusan ,kepimpinan disamping fokus kepada bidang yang anda pelajari.


Penuntut Ilmu mesti responsif dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka samada di dalam universiti mahupun bersifat nasional dan international.
Sikap responsif inilah yang membezakan kita dengan haiwan ternakan seperti kambing yang asyik dengan rumputnya walaupun ia akan dikorbankan sebentar lagi.




Disediakan oleh:
Muhammad Taufiq Bin Izan
Adaptasi daripada buku''Rindu Bau Pohon Tin"(karangan Ustaz Hazrizal Abdul Jamil)

Monday, June 15, 2009

Hidup yang penuh liku......

Salam perjuangan,
Sejak beberapa hari kebelakangan ini,saya terkena penyakit flu bukan bird flu or pig flu(H1n1).Dalam keadaan ini juga,saya diuji ESQ(Emosi Spritiual Quotient) dengan pelbagai masalah,cabaran samada dari dalam mahupun luar.Jadi, saya berazam untuk memperelokkan diri untuk menjadi seorang daie & pemimpin yang berkualiti.Kepada Alla jualah tempat saya meminta pertolongan dan pengharapan agar proses tajdid nafsi dapat dilakukan...semoga iyanya bukan hangat-hangat tahi ayam...

Wednesday, June 10, 2009

Maria Chin mendakwa bahawa penukaran nama SIS tidak relevan?

Pada pendapat saya,penukaran nama SIS adalah berasas sekiranya dibukti secara jelas samada melalui approach,hujah,dan prinsip NGO tersebut tersasar daripada landasan Islam.Penukaran nama SIS adalah amat perlu sebagai menyokong konsep demokrasi di negara ini.Malah,pendirian penukaran nama adalah wajar untuk mengelakkan masyarakat Islam mengambil pandangan SIS tentang isu-isu Islam secara membabi buta.Terimalah dengan hati yang terbuka tanpa pandangan yang sinis terhadap isu penukaran nama tersebut.Janganlah jadi NGO yang merosakkan Islam dengan ideologi feminisme,liberalisme yang semakin lama mendoktrin pemikiran masyarakat di pelbagai kalangan .Sekali lagi saya menegaskan bahawa penukaran nama tersebut sedikit pun tidak menjatuhkan air muka SIS bahkan menunjukkan keterbukaan dan prinsip yang jelas dalam agama Islam itu sendiri...

Wajarkah pengharaman SIS?

Selepas muktamar PAS yang lalu,berlaku berbagai isu yang hangat diperkatakan.Antaranya pengharaman Sisters In Islam (SIS) oleh usul yang diluluskan oleh muktamar PAS.Jika kita melihat peranan SIS sebagai NGO yang ingin menonjolkan "women rights" dalam segenap aspek bermula daripada hak secara individu sehinggalah kepada hak berkeluarga dan bermasyarakat.

Peranan SIS sebagai NGO menyerlahkan peranan mereka dalam memperkasa wanita dalam negara kita.Terutamanya daripada sudut aspek kebajikan,pembelaan ,
mempromosikan program kewanitaan,kaunseling dan sebagainya.Peranan SIS sebagai meyuburkan women rights memang tidak dapat dipertikaikan.Malah hak bersuara dan berorganisasi memang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik selagi tidak mencetuskan perbalahan dan rusuhan.Namun begitu,pandangan SIS kadangkala amat mengelirukan daripada sudut undang-undang keluarga Islam dan hak wanita Islam . Malah,kalau diterima bulat-bulat,boleh menjejaskan aqidah umat Islam.Sebagai respon kepada usul tersebut,pihak SIS mengatakan PAS sebuah parti yang ekstrim,autokratik dan tindakan itu berlawanan dengan pencerahan demokrasi yang dilaung-laungkan.

Saya merasakan bahawa PAS sepatutnya melakukan "engagement",diskusi,dialog secara terbuka terlebih dahulu sebelum mengemukan sesuatu yang serius sampai mengharamkan walaupun PAS tidak berkuasa ke atas SIS.Saya juga bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda PAS tentang nama SIS yang patut diubah kepada Sisters in Malaysia(SIM) atau kepada Sisters of Islamic Tart (SIT)(kata Faisal tehrani) jika sekiranya bersalah selepas disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Saya juga mencadangkan kepada Dewan Muslimat PAS pusat supaya membuat diskusi,wacana,dialog secara ilmiah dan diadakan secara terbuka untuk memastikan peranan PAS sebagai gerakan Islam dapat diperkasakan dengan sifatnya yang alamiah dan wasatiyah disamping tegar dengan prinsipnya.